Menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata populasi spesies Harimau Malaya kini berada pada tahap yang membimbangkan dengan jumlah haiwan tersebut yang kurang daripada 200 ekor berbanding sekitar tahun 1950-an dimana Semenanjung Malaysia memiliki lebih 3,000 ekor harimau Malaya yang hidup di dalam hutan belantara.

Beliau berkata sekiranya tiada tindakan drastik yang diambil dan dilaksanakan untuk mengekalkan dan meningkatkan populasi haiwan berkenaan, berkemungkinan besar spesies Harimau Malaya akan pupus dalam tempoh masa lima hingga 10 tahun akan datang kerana menurut kaji selidik yang dilakukan, jumlah populasi haiwan tersebut semakin berkurang pada setiap tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

image

Xavier juga menegaskan supaya pihak universiti mendapatkan lebih ramai sukarelawan mahasiswa daripada kursus biodiversiti dan perhutanan untuk menyertai rondaan yang akan dijalankan di bawah penguatkuasaan secara bersepadu bersama Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Dalam usaha meningkatkan populasi spesies Harimau Malaya, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, sedang dalam inisiatif untuk mengambil langkah proaktif dalam melindungi populasi haiwan berkenaan dengan meningkatkan rondaan dan pemantauan di 20 lokasi “hotspot” pemburuan.

Sumber: The Patriots

Dengan kaedah ini, pihak mereka dapat membanteras lebih ramai lagi aktiviti pemburuan secara haram yang boleh mengakibatkan kepupusan spesies ini sekaligus mengancam kehidupan haiwan tersebut yang kemungkinan bakal menerima nasib yang sama seperti harimau Bali, harimau Caspian dan harimau Jawa yang telah pupus berdekad lamanya.