Harimau Malaya berusia 4 tahun di Zoo Bronx di New York diuji positif wabak COVID-19, lapor CNN.

Menurut Jabatan Laboratori Perkhidmatan Veterinar Negara Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, ini merupakan harimau pertama yang dijangkiti dengan wabak yang telah membunuh hampir 70,000 orang di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harimau yang bernama Nadia, Azul, dua harimau Amur dan tiga singa Afrika telah mengalami gejala batuk kering dan semuanya dijangka akan pulih, kata kenyataan dari pihak zoo tersebut.

Sampel dari Nadia diambil dan diuji selepas beberapa singa dan harimau di zoo tersebut menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah pernafasan.

“Walaupun mereka mengalami penurunan selera makan, kucing besar di Zoo Bronx berada dalam keadaan baik di bawah penjagaan veterinar.

“Tidak diketahui bagaimana penyakit ini akan berkembang kepada kucing besar kerana spesies yang berbeza mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap jangkitan ini, tetapi kami akan terus mengawasi mereka dengan teliti dan dijangka akan pulih sepenuhnya,” kata kenyataan zoo tersebut.

Pihak zoo turut menambah bahawa binatang tersebut mungkin telah dijangkiti oleh penjaga mereka yang turut sama tidak menunjukkan sebarang simptom sebagai pembawa COVID-19.

CNN turut melaporkan bahawa langkah-langkah pencegahan sudah di ambil ke atas semua kakitangan zoo bagi mengelak penularan wabak yang lebih besar ke atas haiwan yang lain.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di seluruh dunia, klik pautan di bawah.

WHO Pilih Malaysia Untuk ‘Menguji’ Ubat Bagi Rawatan COVID-19

Perancis Tukar Pasar Borong Terbesar Di Dunia Kepada Rumah Mayat Mangsa COVID-19

COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka

Sumber