Nota Editor: Nota ini ditulis oleh Tuan Harith Faisal dan dikongsi semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga nota ini dapat membuka jalan buat anda yang baru memulakan pelaburan hartanah.

Bahaya Beli Rumah Atas Harga Pasaran

Untuk rumah pertama saya, harga permulaan owner/ejen letak adalah RM90k di laman web mudah.my.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi saya tak percaya.

harith-faisal
Harith Faisal

Selepas dapatkan maklumat rumah daripada ejen, saya pergi ke bank untuk periksa harga pasaran (market value – mv).

Ternyata mv setakat RM80k sahaja.

Runding harga sampai dapat RM73k (9% bawah mv), tapi saya masih tak setuju juga.

Akhirnya, saya tak jadi beli rumah tu sebab tak dapat harga yang saya nak iaitu RM65k.

Saya cuba lupakan rumah tu selama hampir 2 bulan.

Kemudian saya nampak lagi iklan rumah tu di mudah.my, saya hubungi semula ejen.

Rumah belum terjual.

Runding punya runding, dapatlah harga RM66k (17% below mv).

Alhamdulillah happy ending.

Bank bagi pembiayaan sebanyak 90% daripada harga mv iaitu RM72k.

RM72k – RM66k (harga jualan rumah) + RM6.6k (deposit) = RM12.6k

Dengan pembelian rumah ni, saya dapat semula cashback RM12.6k termasuk modal deposit 10% selepas urusan jual beli selesai.

Lagi best, owner lama setuju tanggung kos baiki sebanyak RM2k.

Jadi jumlah cashback RM14.6k.

Boleh gunakan RM14.6k tu sebagai modal deposit rumah kedua pula.

Apa terjadi kalau saya beli rumah tu atas harga pasaran?

  • Harga jual: RM90k
  • Harga mv: RM80k
  • Pinjaman bank: RM72k
  • Deposit: RM9k

Berapa modal tunai yang saya perlu sediakan?

RM90k – RM72k = RM18k (termasuk deposit RM9k)

Dahlah tak dapat cashback, kena sediakan modal RM18k pulak. Huhu..

Nampak tak bezanya?

Alhamdulillah rumah tu ansuran bulanan RM380, sekarang disewakan pada harga RM600.

Untung kasar RM220 sebulan.

Jadilah buat beli pampers dan susu Raef dan Rifqie.

Okaylah tu kan, umur 24 tahun dah dapat beli rumah pertama.

Kecil dan murah pun tidak mengapa, asalkan positive cash flow setiap bulan.

Nota 1: Rumah tu saya dah renovate letak tile dan table top. Current mv boleh cecah RM90k insyaAllah.

Nota 2: Kadang-kadang rumah yang dijual pada harga pasaran dan atas harga pasaran pun ada yang menguntungkan. Terpulang kepada pelan pelaburan anda.

Nota 3: Sila sediakan modal sekurang-kurangnya 15% daripada harga unit tersebut. 10% sebagai downpayment dan lagi 5% untuk kos-kos lain seperti Legal Fee, Valuation Fee, Stamp Duty dan sebagainya.

BACA: 5 Tip Membeli Rumah Lelong Dengan Cepat, Selamat Dan Mudah

BACA: 17 Jawapan Eksklusif Disebalik Kisah Viral Pemuda Beli 3 Buah Rumah Semasa 16 Bulan Bekerja

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram