Disebabkan perniagaan utama dalam penjualan motosikal klasik agak merosot di Amerika Syarikat, Harley Davidson Inc kini telah berurusan dengan StaCyc Inc yang berpusat di California untuk pembelian basikal elektrik StaCyc yang bertujuan untuk memulakan perniagaan baru basikal elektrik khas buat kanak-kanak.

Basikal elektrik yang ringan itu mempunyai bingkai aluminium, tiga mod kuasa dan masa pengecasan 45 hingga 60 minit. Untuk sekali pengecasan, basikal elektrik tersebut mengambil masa kayuhan mengikut kitaran masa antara 30 dan 60 minit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika pada tahun lalu, syarikat Harley-Davidson telah merancang untuk memperkenalkan motosikal yang lebih murah dan nimbler untuk menarik pelumba muda serta bercadang untuk melancarkan motosikal elektrik pertama tanpa klac tradisional dan gear shift pada tahun ini.

Kini, Harley menyampaikan hasrat dan tujuan pengeluaran syarikat itu pada tahun ini adalah untuk mengeluarkan pelbagai produk elektrik secara meluas kepada pengguna.

stacyc-stability-cycles-4-720×480-c

Basikal “EDRIVE” StaCyc yang dijual pada kadar harga $650 (RM2,564.25) yang bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak mudah untuk menjalankan aktiviti berbasikal di luar sekaligus memudahkan mereka untuk belajar mengimbangi kayuhan basikal bagi kanak-kanak yang baru sahaja mempelajari cara mengayuh basikal.

Walaubagaimanapun, syarikat Harley-Davidson enggan mendedahkan harga pembelian basikal elektrik StaCyc. Mungkin harga yang lebih premium bakal diumumkan berdasarkan kemasan terbaru yang dibuat oleh syarikat motorsikal berprestij ini.