Akhirnya Harley-Davidson akan membuka tempahan untuk model motosikal Harley Davidson Livewire bermula Januari 2019 ini diumumkan beberapa tahun lepas. Menariknya model Livewire ini, ianya menggunakan motor elektrik menggantikan enjin V-twin yang biasa digunakan.

Walaubagaimanapun, kuasa sebenar motor elektrik tersebut masih belum dikongsikan kepada umum menurut Harley-Davidson. Penawaran motor elektrik terbaru pastinya bakal memberikan pengendalian yang baik dan prestasi yang memberangsangkan pada semua kelajuan.

Digi Cover
HYPE
Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak
Baca lagi →

Model terbaru ini turut menggunakan  bateri lithium-ion untuk memberi kuasa kepada kelengkapan elektrik lain seperti lampu, butang kawalan, hon dan panel instrumen.

Dari segi reka bentuk Livewire ini, ianya lebih kepada motosikal biasa dan bukannya seperti cruiser Harley-Davidson yang lain. Motosikal elektrik ini dilengkapi dengan sistem ABS dan Traction Control secara standard, dan mempunyai tujuh mod tunggangan.

2019-Harley-Davidson-Livewire-7-BM

2019-Harley-Davidson-Livewire-4-850×635-BM

2019-Harley-Davidson-Livewire-8-BM

2019-Harley-Davidson-Livewire-5-BM

Anda Mungkin Suka