Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sudah 44 tahun sejak kali terakhir Harley Davidson mengeluarkan model flat tracker untuk digunakan di litar. Harley akhirnya mengeluarkan model ini, Harley Davidson XG750R yang diperkasakan dengan enjin V-Twin Harley yang digunakan untuk acara AMA Pro Flat Track Springfield Mile.

“Selepas banyak kejuaraan di litar flat track dengan model XR750 sebelum ini, sudah tiba masanya untuk menghasilkan model flat tracker serba baru. Tetapi sebagai satu pasukan baru, masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Model XG750 ini pasti memberi saingan dalam perlumbaan flat track ini dalam masa akan datang,” kata Kris Schoonover, pegawai urusan Harley Davidson Racing.

Malangnya motosikal awesome ini bukan untuk jualan umum. Jika anda ingin menjadikan model Harley kepada model flat tracker seperti ini, model Harley Davidson XR1200 sesuai untuk projek ini. Handsome sungguh motor ini.

harley-davidson-xg-750r-flat-tracker-2

harley-davidson-xg-750r-flat-tracker-3

harley-davidson-xg-750r-flat-tracker-5

harley-davidson-xg-750r-flat-tracker-fisher-2

Anda Mungkin Suka