Sebut mengenai jenama Harman Kardon kami yakin ramai yang mengetahuinya. Menawarkan seleksi model berkualiti tinggi antara yang membuatkan jenama ini menjadi pilihan ramai.

Terbaru, dibawah jenama Harman sebuah studio telah dibuka di Sunway Geo Avenue dimana studio ini menawarkan seleksi barangan daripada jenama Harman Kardon, Mark Levinson, Lexicon, dan Revel. Lebih menarik, penawaran studio bersaiz 3,000 kaki berjaya meletakkan Harman Studio di Malaysia sebagai antara yang terbesar di rantau Asia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2

4

11

Bersempena dengan pembukaan studio utama Harman, para pelanggan berpeluang
mendapatkan diskaun sehingga 95% untuk item terpilih. Selain itu, Harman Studio juga bekerjasama dengan Sime Darby Auto Bavaria untuk menawarkan peluang pandu uji pelbagai model terbaru BMW, pada hari yang sama.

Pelanggan yang membeli BMW pada hari tersebut akan menerima baucar tunai Harman Studio bernilai RM 3,000. Tawaran promosi ini juga akan dilanjutkan kepada pameran JBL di Mid Valley Megamall North Court dari 25 hingga 31 Mac 2019. Untuk maklumat lanjut berkaitan Studio Harman, anda boleh klik disini.