Adakah setiap kali anda menonton filem seram atau mendengar cerita seram akan membuatkan anda teringat-ingat dan berasa takut? Jika ada yang mengatakan mereka pernah terlihat hantu, adakah anda akan percaya dengan apa yang dikatakan?

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila sebuah video rakaman CCTV di sebuah syarikat filem tempatan tular. Melalui rakaman CCTV itu, jelas menunjukkan patung Harold yang merupakan ‘entiti’ dalam filem Scary Stories To Tell In The Dark bergerak dengan sendirinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Betul, patung tersebut memang bergerak sendiri dan tiada seorang pun dalam pejabat ketika itu. Nampaknya seperti vibes patung yang dikenali sebagai Harold itu agak kuat sehingga boleh bergerak sendiri.

Sungguh menakjubkan! Malah, tukang cuci di syarikat tersebut sering mengadu terpaksa mengemas dan membetulkan patung Harold setiap pagi kerana ia bertaburan. Sejauh mana kesahihan perkara ini?

Apa pendapat anda tentang perkara tersebut? Bagi anda yang tidak tahu, filem Scary Stories To Tell In The Dark adalah satu karya seram yang pasti membuat anda tidak senang duduk.

Filem tersebut telah ditayangkan pada 19 September 2019 yang lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat filem seram. Jika anda belum menonton filem ini di pawagam, anda boleh baca ulasan filem tersebut dahulu sebelum menontonnya. 

Kenapa Filem ‘Scary Stories To Tell In The Dark’ Anda Patut Tonton?

Filem Pengabdi Setan Beri Soal Bagaimana Sebenarnya ‘Setan’ Melihat Kita