Pelakon dan personaliti media sosial Harris Annuar pada hari ini memaklumkan beliau telah disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Harris melalui satu muat naik di akaun Instagram miliknya pada pagi tadi.

Harris dalam hantaran berkenaan memberitahu keputusan itu diterima selepas beliau melakukan pemeriksaan bersama sebuah pusat perubatan pada semalam.

“Maaf atas segala kesulitan,” tulis Harris bersama gambar nota yang memaklumkan mengenai perkara berkenaan.

Beliau dalam hantaran berkenaan turut memaklumkan akan melakukan saringan kali kedua pada hari ini di samping menjalani kuarantin kendiri di rumah seperti yang disarankan pihak kementerian kesihatan.

“Jadi sesiapa yang kontak rapat dengan Harris selama dua minggu yang terakhir boleh pergi untuk menjalani ujian COVID-19 di klinik yang berdekatan.

“Setakat ini Harris masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

‘Macam nak luruh jantung’

Bercerita lanjut mengenai keadaan semasa dirinya dalam hantaran terbaru hari ini, Harris memberitahu beliau kini beradaan dalam keadaan baik dan hanya mengalami lemah badan.

Beliau bagaimanapun memberitahu sedikit terkejut dan selepas disahkan positif wabak berkenaan sejurus membuat saringan

“Doktor ada bagitahu Harris suruh maklumkan dekat semua semua kontak rapat Harris yang Harris jumpa dalam masa terdekat ini dan alhamdulillah Harris dah bagitahu dekat semua.

“Pihak klinik ada mengatakan yang kontak rapat bermaksud yang Harris tidur bersama,makan bersama,bercakap bersama tanpa memakai mask.

“Itu dikira kontak rapat manakala kalau berjumpa tetapi Harris pakai pelitup muka danbercakap, itu tidak dikira kontak rapat. Tapi kalau ragu ragu juga tak apa boleh buat swab test dekat mana-mana tempat berdekatan,” jelasnya.

Baca perkongsian kami yang berjaya ‘trending’ pada minggu ini. Klik pada pautan di bawah.

Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Belum Seminggu Dirasmikan, Pengunjung Jadikan Arca Penyu Di Melaka Sebagai Meja Piknik

Anda Mungkin Suka