Malaysia kini menjadi lokasi pilihan bagi ekspatriat dan pelabur global. Selain itu, negara ini juga menjadi destinasi pelaburan hartanah utama dunia dengan Malaysia berada di tangga keenam paling popular bagi pembeli rumah China pada separuh pertama 2023, lapor Berita Harian sambil memetik kaji selidik Juwai IQI.

Tambah kaji selidik itu lagi, 12,000 responden oleh organisasi ekspatriat global, InterNations mendapati ekspatriat Barat meletakkan kedudukan Malaysia di tempat keempat terbaik di dunia. Selain itu, Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain turut menguasai 10 negara teratas yang menerima pelaburan hartanah China paling banyak pada separuh pertama 2023.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata kesan ini disebabkan oleh pemulihan yang pantas oleh Malaysia selepas COVID-19 menyerang negara ini sejak awal 2020.

Tambahnya lagi, Malaysia berada pada kedudukan yang baik kerana kualiti hidup, kehidupan mampu milik dan ketersambungan digital serta keupayaan berbilang bahasa yang menjadikan pengunjung global boleh berasa selesa di negara ini.

Mengenai pembeli China, difahamkan bahawa kuasa membeli mereka didorong oleh simpanan yang belum pernah berlaku sehingga ia boleh digunakan untuk membeli hartanah. Menerusi statistik rasmi, dalam sembilan bulan pertama 2022 sahaja, deposit simpanan China melonjak nilai sebanyak 26.3 trilion reniminbi (RM16.5 trilion).

Menerusi laporan Financial Times pula, kadar simpanan negara kasar di China adalah sekitar 45 peratus lebih dua kali ganda daripada kadar kebanyakan ekonomi besar. Rakyat China difahamkan memanfaatkan penutupan sempadan akibat COVID-19 untuk mencari peluang berpindah ke luar negara.