Sekiranya anda merupakan pencinta novel romantik, kami yakin anda pasti cukup kenal dengan pengarang terkenal dari Jepun iaitu Haruki Murakami. Karyanya seperti Norwegian Wood, 1Q84, Kafka on the Shore dan pelbagai lagi tajuk lain antara yang menjadi pilihan bacaan ramai serta diterjemah kepada beberapa bahasa lain.

Memasuki tiga dekad bergelar pengarang novel, Haruki Murakami baru-baru ini mengumumkan beliau bercadang untuk membina sebuah perpustakaan bertempat di Universiti Waseda, Tokyo. Universiti Waseda dipilih kerana berjaya menjadi alma mater buat Haruki Murakami.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ea5ac5bc-2ef3-11e7-8928-05b245c57f03_1280x720_143602

Perpustakaan yang bakal dibina ini bakal menempatkan beberapa karyanya. Selain itu, perpustakaan ini bakal turut memuatkan beberapa bahan karya Haruki Murakami yang belum pernah dikongsikan di tempat yang lain.

Setakat ini difahamkan proses pembinaan perpustakaan ini masih lagi diperingkat awal. Buat para peminat novel Haruki Murakami, mungkin Tokyo antara yang boleh anda masukkan di dalam wishlist anda sekiranya perpustakaan ini siap kelak.

Sumber