Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut sahaja ‘The Pocket Rocketman’  terus kita terbayangkan susuk tubuh atlet negara, Azizulhasni Awang yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia melalui sukan trek berbasikal.

Terbaharu, beliau yang baru berusia 33 tahun telah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Datuk berkuat kuasa hari ini.

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

Posted by Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI on Saturday, July 17, 2021

Berita tersebut mula mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata sangat gembira dengan gelaran Datuk yang dikurniakan kepada beliau.

Menurut orang ramai, Datuk Azizulhasni Awang layak menerima gelaran tersebut kerana beliau telah banyak memberikan sumbangan dan mengharumkan nama negara melalui bidang sukan yang beliau ceburi.

Menurut Berita Harian, Datuk Azizulhasni Awang yakin dapat membawa pulang pingat pada pentas Olimpik Tokyo yang bakal membuka tirainya pada 23 Julai ini. Beliau akan bersaing bagi acara keirin dan pecut dalam tempoh lima hari berturut-turut,

“Bagi acara pecut akan bermula pada 4, 5 dan 6 Ogos sebelum meneruskan cabaran dalam acara keirin pada 7 dan 8 Ogos. Jadi sudah pasti jadual perlumbaan agak padat. Tapi saya sebenarnya sudah bersedia sepenuhnya sambil mengharapkan doa daripada seluruh peminat negara agar kejayaan mengiringi kami lebih-lebih lagi dengan situasi pandemik COVID-19.

“Tapi saya sanggup berkorban untuk membawa pulang kejayaan buat negara,” katanya ketika bercakap dalam Majlis Amanat Negeri menerusi sidang video bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Azizulhasni Awang, sama-samalah kita berdoa agar beliau dapat mengharumkan nama negara sekali lagi dengan membawa pulang pingat emas dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Pada tahun 2018 lalu, Datuk Azizulhasni Awang berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam Kejohanan Trek Piala Dunia di Berlin, Jerman.

Azizulhasni Awang Menang Gangsa Kejohanan Trek Piala Dunia Di Berlin

Azizulhasni Awang Dan Jun Hoong Dinobat Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan 2017

Anda Mungkin Suka