Hasbulla Magomedov telah mengesahkan bahawa dia akan menghadapi perlawanan pertama menentang Abdu Rozik dalam beberapa hari akan datang. Mereka berdua yang tular sebelum ini telah menjadi bintang sensasi internet dengan pengikut yang ramai.

Dia yang berusia 18 tahun terkenal dengan nama samaran ‘Mini Khabib’ oleh pengikutnya akan menentang Rozik, penyanyi Tajik yang berusia 17 tahun. Asxab Tamaev, penganjur bagi perlawanan ini menyatakan bahawa kedua-dua mereka akan beradu tenaga minggu ini.

maxresdefault (2)

“Semua orang bertanya bila pertarungan akan berlangsung!! Khasbulla dan Abdrouzik memerlukan masa untuk bersiap. Mereka sudah BERSEDIA. Dalam 3-4 hari akan ada PERTEMPURAN!”

Selain daripada menentang Rozik, Hasbulla juga memasang impian untuk berlawan dengan Conor McGregor. Dia juga percaya bahawa dia mampu untuk menewas serta menghukum bintang UFC Ireland tersebut.

Dalam satu drama komedi yang diterbitkan oleh Asxab Tamaev, ketika ditanya di antara Logan Paul, McGregor, dan C Henryo siapakah yang dia ingin lawan.  Hasbulla berkata, “Saya ingin menghukum yang ini [Conor McGregor]. Dia terlalu banyak bercakap.” Dia kemudiannya ditanya adakah dia akan bertarung dengan McGregor walaupun dia jauh lebih kecil daripada lawannya, Magomedov menjawab: “Ya, saya ingin berlawan.”

Tetapi, melihat daripada keadaan fizikal Hasbulla dan McGregor, sudah pasti ia tidak akan menjadi kenyataan. Hasbulla mempunyai ketinggian sekitar satu meter dengan berat kira-kira 15.8 kilogram. Dia dan Abdu Rozik dilahirkan dengan Growth Hormone Deficiency atau GHD yang memberi kesan kepada pertumbuhan badan mereka.

Pihak lawan patah kaki, ‘fighter’ UFC ini menang tanpa satu tumbukan dilancarkan. Klik pautan dibawah untuk membaca.

Pihak Lawan Patah Kaki, ‘Fighter’ UFC Ini Menang Tanpa Satu Tumbukan Dilancarkan