Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nota Editor: Kisah penuh inspirasi ini pada asalnya telah tersiar di akhbar Sin Chew Daily News pada 23 Ogos lalu dan telah dikongsikan beserta terjemahannya oleh pembaca Vocket bernama Cik Norazlina Amin. Kepada Cik Norazlina, terima kasih daun keladi Vocket ucapkan atas perkongsian ini. Kami sangat hargainya.

mee-kuning

SATU KELUARGA MEMBUAT MEE KUNING HALAL ‘ISLAMIC YELLOW MEE‘ SECARA TURUN-TEMURUN

Untuk menyara keluarga, di Kampung Nangka SIBU, satu keluarga telah menjalankan perniagaan membuat mee kuning halal selama 23 tahun secara turun-temurun.

Setiap hari keluarga ini berjaya mengeluarkan 200kg mee kuning halal yang dipasarkan kepada penduduk tempatan, sekolah dan kedai runcit di sekitar sini.

Dayang Sufiah yang berumur 55 tahun berkata, dia mempunyai 12 orang anak yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan, dan juga 16 orang cucu yang boleh dikatakan sebuah keluarga yang besar.

Oleh itu, dia perlu menjalankan perniagaan sendiri untuk menyara hidup dan juga untuk membayar yuran tuisyen  anak-anak serta membeli barang keperluan harian.

Dia berkata lagi, “dalam 12 orang anak saya, masih ada 3 orang anak masih belajar, anak yang paling kecil berumur 18 tahun. Suami saya merupakan seorang tentera, dia telah meninggal dunia 10 bulan yang lepas disebabkan oleh sakit jantung.”

Mula dengan perniagaan kecil

“Sebelum memulakan perniagaan pembuatan mee kuning halal ini, saya memang tidak ada sebarang pengalaman tentang pembuatan mee kuning ini. Pada mulanya juga tiada orang yang mengajar saya.

Hanya nenek saya yang menggalakkan saya belajar untuk membuat mee kuning halal ini. Saya masih ingat pesan nenek saya yang berkata kalau saya berjaya mempelajari cara membuat mee kuning ini, saya boleh menjadikannya sebagai makanan sekeluarga dan juga boleh menjualnya selepas suami saya bersara.”

TIAP-TIAP HARI JUAL 200KG MEE KUNING UNTUK MENYARA 12 ANAK DAN 16 CUCU

Dayang Sufiah berkata, dia bermula dengan perniagaan kecil-kecilan dan menjadikannya semakin membesar. Sehingga kini beliau sudah mampu menghasilkan 200kg mee kuning setiap hari.

Biasanya semua mee kuning habis terjual dalam masa satu hari. Tapi jika ada yang tidak habis dijual kami akan simpan dalam peti sejuk dan jual pada esok harinya.”

“Setiap hari, kami mula membuat mee kuning seawal jam 4 pagi. Kami menjual mee kuning ini sambil menjualnya sehingga jam 11 pagi”

Cara membuat mee kuning diajar kepada anak-anak untuk menyara diri sendiri

Dayang Sufiah berkata, dia mula membuat dan menjual mee kuning ini pada tahun 1993. Pada masa itu hanya keluarga beliau sahaja yang membuat dan menjual mee kuning di sekitar sini.

Namun pada tahun 2005, semakin ramai keluarga di kampung Melayu ini mula menjual mee kuning.

Menurutnya, dia turut mengajar 12 orang anaknya cara-cara membuat mee kuning supaya mereka juga boleh menjadikannya sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan buat diri sendiri.

“Demi kelangsungan hidup keluarga, kami perlu tahu cara untuk menyara diri sendiri. Kami tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk perbelanjaan setiap hari. Tambahan lagi, kami sebagai ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dengan baik supaya tidak menimbulkan masalah sosial.”

Abang Sili: Kawan Cina yang banyak berkongsi teknik-teknik menjalankan perniagaan

Menurut bapa kepada peniaga membuat mee kuning ini (Dayang Sufiah), iaitu Abang Sili, beliau dengan bapa dan datuknya banyak berkenalan dan berkawan dengan rakan-rakan dari bangsa Cina.

Mereka juga memiliki ramai sahabat di kalangan bangsa Cina. Kebanyakan dari mereka ini akan berkongsi teknik-teknik dan juga pengetahuan menjalankan sesuatu perniagaan.

Salah seorang dari rakan mereka adalah Pengerusi Persatuan Foochow Sibu, iaitu Wong Nai Siong yang merupakan kawan baik datuknya.

Dia menekankan lagi, kita semua adalah orang Malaysia. Jadi seharusnya kita semua bersatu padu dan bukannya bergaduh sesama sendiri.

“Saya tidak suka bila ada orang yang menimbulkan masalah sosial atau isu perkauman kerana ini merupakan budaya yang tidak baik. Kita harus saling menghormati antara satu sama lain, dan selalu memahami antara satu sama lain. Ini baru merupakan budaya yang baik.”

Abang Sili yang berumur 84 tahun berkata, perniagaan mee kuning halal ini merupakan perniagaan secara turun-temurun bagi keluarganya. Bermula dengan dia yang mengajar anaknya iaitu Dayang Sufiah teknik-teknik membuat mee kuning ini, dan sekarang Dayang Sufiah juga mengajar anak-anaknya cara membuat mee kuning.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka