Kami yakin anda pasti tahu serba sedikit ciri-ciri khas yang ada pada peranti terbaharu daripada HUAWEI iaitu P40 Series. Buat jurugambar, P40 Series ini hadir dengan keupayaan fotografi terbaik dan kadar sambungan 5G yang mampu memberikan anda pengalaman yang luar biasa.

Jadi, kami ada berita baik untuk anda yang berniat untuk dapatkan HUAWEI P40 Series ini. Maxis dengan kerjasama HUAWEI hadir dengan promosi menarik antaranya adalah 2 peranti pada 1 harga.

2 Peranti Pada 1 Harga – Tanpa Bayaran Pendahuluan

Dengan pakej Maxis Zeroution, anda boleh dapat 2 telefon pintar pada 1 harga, ia berbaloi kerana tidak melibatkan apa-apa bayarang upfront. Bermula dengan serendah RM159 sebulan, anda mampu jimat sehingga RM2,542 pada recommend retail price (RRP).

HUAWEI-MAXIS

Tetapi harga tersebut tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Jadi buat anda yang ‘tersangkut’ seorang diri di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Apa kata jadikan HUAWEI P40 Series sebagai reward untuk diri sendiri.

Atau mungkin boleh jadikan sebagai hadiah untuk ulangtahun pasangan atau hadiahkan sahaja kepada ibu bapa anda.

Plan

Pelbagai Hadiah Percuma Menanti Anda

Selain daripada itu, anda juga berpeluang untuk mendapat hadiah percuma berniali RM796 untuk setiap pembelian HUAWEI P40 Series. Antara hadiah yang menanti anda nanti adalah

    • HUAWEI P40 Wireless Charging Case bernilai RM289 atau HUAWEI SuperCharge Wireless Car Charger bernilai RM289
    • 1 tahun waranti dan 1 bulan perlindungan skrin bernilai RM248
    • 3 bulan langganan HUAWEI Video bernilai RM113.40
    • 50GB storan HUAWEI Cloud  selama 12 bulan bernilai RM46.80
    • 3 bulan langganan Maxis Safe Device bernilai RM99
collage
HUAWEI SuperCharge Wireless Car Charger & HUAWEI P40 Wireless Charging Case

Tetapi jika anda adalah seorang yang single dan forever alone, anda boleh dapatkan HUAWEI P40 Series secara individu dengan harga RM99 sebulan dengan Maxis Zerolution atau RM1,299 dengan kontrak biasa.

Jadi apa yang hebat sangat dengan HUAWEI P40 Series. Di sini kami bantu anda senaraikan pengalaman luar biasa dengan peranti ini.

Hasil Gambar Yang Berkualiti

HUAWEI P40 Series masih mengekalkan kedudukannya sebagai kamera telefon pintar terbaik. Dilengkapi dengan Ultra Vision Leica Camera, P40 Series menghasilkan gambar yang luar biasa.

HUAWEI-2

Dengan adanya sistem AI, ia melengkapkan fungsi kamera bagi memastikan gambar yang dihasilkan dapat mencapai kualiti tinggi. Tidak kira jika anda menggunakan kamera pada waktu malam atau siang, kualiti yang dihasilkan pasti memuastkan anda.

Pengalaman Sambungan 5G Yang Luar Biasa

Dikuasakan dengan Kirin 90 5G, HUAWEI P40 Series menyokong mod rangkaian non-standalone (NSA) dan standalone (SA). Ia menyokong jalur frekuensi 5G untuk memberikan perjalanan global tanpa gangguan.

Huawei-3

HUAWEI P40 Series menyokong Wi-Fi 6 Plus. Dengan standard Wi-Fi 6, ia menyokong saluran jalur lebar 160MHz dan 1024-QAM untuk mencapai kadar transmisi puncak 2400Mbps.

Anda akan mempunyai isyarat yang lebih baik dan menikmati sambungan 5G yang tiada tandingan. Jika anda mahu live streaming dengan resolusi 4K juga tidak akan menjadi masalah.

HUAWEI AppGallery

HUAWEI AppGallery kini hadir dengan lebih banyak aplikasi seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, Instagram, TikTok, Lazada, AirAsia dan banyak lagi.

Selain itu, ia adalah aplikasi selamat digunakan kerana dilengkapi dengan 4 lapisan perlindungan yang telah disahkan dan menepati piawaian industri tertinggi.

HUAWEI AppGallery turut memperkenalkan fungsi Quick Apps yang membolehkan anda mengakses aplikasi tanpa perlu muat turun dan ia akan berfungsi dengan segera di telefon tanpa syarat.

Buat pengguna HUAWEI P40 Series dan MatePad Pro, anda boleh tebus hadiah bernilai sehingga RM2,381 di HUAWEI Member Center. Anda akan mendapat FREE 50GB storan HUAWEI Cloud selama 12 bulan. Bukan itu sahaja, HUAWEI Malaysia turut berikan 3 bulan akses premium ke HUAWEI Cloud untuk semua pengguna P40 Series dan MatePad Pro.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI AppGallery, boleh klik di sini.

Jadi, tunggu apa lagi? dapatkan segera HUAWEI P40 Series dengan Maxis Zerolution di mana-mana cawangan Maxis berhampiran anda. Untuk info lebih lanjut mengenai promosi 2X HUAWEI P40 Series dengan Maxis Zerolution, boleh klik di SINI.

Scan kod QR di bawah jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh merasa data tanpa had dengan HUAWEI P40 Series melalui Maxis Fibre dan rangkaian 5G.

Maxis-QR-Code

Untuk bacaan lanjut mengenai HUAWEI P40 Siri yang baharu, klik pautan di bawah.

HUAWEI Siri P40 Dianggap Smartphone Fotografi Dan ‘Connectivity’ Terbaik? Ini Review Kami

Hiburkan Hari-Hari Anda Ketika PKP Dengan HUAWEI AppGallery. Memang Terbaik!

Tiada Masalah Tanpa Google, HUAWEI Perkenal App Gallery Dengan Fungsi Lebih Menarik!