Baru-baru ini tular satu ciapan yang memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan gambaran artis tentang Istana Melaka pada zaman dahulu kala.

Ciapan yang dimuat naik oleh @ErenaTakeuchi pada 17 September 2020 itu telah menjadi viral dan mendapat lebih 6,000 ciapan balas serta lebih 9,000 tanda suka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejak itu, kebanyakan netizen memuji lukisan 3D gambaran Istana Melaka tersebut. Ada yang meluahkan hasrat mahu gambaran itu direalisasikan ke dalam bentuk filem.

Namun isu yang diketengahkan di sini bukanlah lukisan Istana Melaka yang menjadi viral, tetapi tanggungjawab masyarakat untuk menghargai artis yang melukis gambaran tersebut.

Di dalam ciapan tersebut, salah seorang daripada pengguna Twitter telah meminta Erena untuk memberi kredit kepada artis yang bertanggungjawab melukis gambar tersebut.

Artis yang melukis lukisan 3D Istana Melaka tersebut adalah Mohd Faizal Rahmat. Dia menjual lukisan hebat tersebut dengan harga RM100 di laman Facebook peribadinya.

Apabila ditanya mengapa dia memilih untuk menjual lukisan dengan detailing yang menakjubkan tersebut pada harga yang murah, dia menjawab bahawa dia dalam satu fasa di mana dia memerlukan duit.

“Saya tahu terlalu murah, tapi bukan setiap hari saya dapat pembeli yang sanggup bayar harga yang tinggi, walhal saya perlukan duit untuk makanan, bayar sewa rumah, bil-bil dan juga support ayah saya,” katanya.

Manakala @budakkertas00 dalam ciapannya pula menyatakan, “Dah lama aku follow dia kat Facebook, hasil kerja level international tapi recognition tak setaraf tu. Struggling artist.”

Bagi anda yang mahu membeli hasil karya Faizal Rahmat, boleh terus ke laman Facebook beliau atau boleh terus hubungi beliau di wasap.my/60177650175.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Artis Tempatan Ini ‘Lukis’ Potret Dr. Noor Hisham Menggunakan Lebih 4,000 Skru

Artis Menyamar Sebagai Tukang Cuci Untuk Lukis Grafiti Dalam Tren

Artis Terima Surat Amaran Selepas Hasilkan Poster ‘Parody’ Vivy Yusof