Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad berkata bahawa status agama Illi Najwa Anuar Hussein Saddique yang berkahwin dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar, tahun lalu masih beragama Islam.

Beliau berkata hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan memanggil beberapa saksi dan ibunya sendiri mendapati bahawa Najwa tidak pernah keluar dari Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah pada hari ini, Najwa turut hadir untuk menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Johor. “Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Illi Najwa di Istana Bukit Pelangi. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Mufti Johor dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin.

Disember tahun lalu, Najwa telah melangsungkan perkahwinan dengan Manpreet di Punjab, India. Perkahwinan ini telah mencetuskan tanda tanya kepada rakyat Malaysia mengenai status agama Najwa selepas berkahwin dengan pasangannya yang beragama Sigh.

Illi Najwa tampil mohon maaf, sahkan dia masih seorang Muslim. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Illi Najwa Tampil Mohon Maaf, Sahkan Dia Masih Seorang Muslim