Malaysia memang terkenal dengan masakan-masakan tradisional yang sedap-sedap belaka.

Ini menjadikan negara kita menjadi satu destinasi terkemuka untuk pelancong untuk menikmati antara makanan yang tersedap di dunia.

Dari Perlis ke Johor, Pahang ke Kelantan dan Sabah ke Sarawak, variasi makanan yang meliur kan tidak terhingga. Bukan sahaja rasa hidangan kita sungguh menyelerakan, malah jika terhidu saja masakan yang cukup kaw dan aromatik pasti dapat meningkatkan selera sesiapa saja.

ezgif.com-resize

Tetapi malangnya, kebanyakan generasi muda tidak mengetahui cara-cara untuk menghasilkan kebanyakan hidangan kebanggaan kami.

Untuk mengekalkan budaya makanan kami, inilah 3 resipi lauk klasik Malaysia yang sangat senang untuk dihasilkan sendiri di rumah. Nampak saja susah nak buat, tetapi sebenarnya hidangan lauk-pauk kita memang mudah untuk dibuat dengan hanya menggunakan bahan-bahan segar asas yang biasanya boleh didapati di dapur.

Tonton video di bawah untuk pelajari cara membuat Ayam Asam Pedas, Gulai Daging Utara, dan Gulai Ikan Merah

1. Ayam Asam Pedas

Says seimik masak ayam asam pedas

Bahan-bahan:

Bahan kisar

* 7 biji bawang merah
* 2 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit hidup
* 1 inci belacan
* 2 sudu besar cili boh
* Sedikit air
* 2 batang serai

Bahan-bahan lain

* 1 ekor ayam
* 2 biji kentang
* 5 batang bendi
* 1/4 cawan air asam jawa
* 2 cawan air
* 2 batang bunga kantan
* 1 cawan daun kesum
* Lada hitam secukup rasa
* 1 sudu besar gula melaka
* 2 Kiub Pati Ayam MAGGI

Cara:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, belacan, cili boh dan air sehingga lumat.

2. Dalam periuk yang telah dipanaskan, masukkan minyak dan tumis serai sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, air asam jawa, air, bunga kantan, daun kesum, lada hitam dan gula melaka.

4. Masukkan kiub pati ayam MAGGI dan renehkan dengan api kecil selama 30 minit.

5. Ayam Asam Pedas sudah pun siap untuk dihidang!

2. Gulai Daging Utara

Says seimik masak gulai daging

Bahan-Bahan Kisar:

* 4 biji bawang merah besar
* 1 inci halia
* 3 biji bawang putih

Bahan-bahan lain:

* 1 cawan minyak
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 biji bunga lawang
* 3 biji pelaga
* 5 bunga cengkih
* 7 helai daun kari
* 3 biji bawang merah (dihiris)
* 3 biji bawang putih (dihiris)
* 1 inci halia (dihiris)
* 75 gram rempah kari
* 500 daging lembu
* 4 cawan air
* 1/3 cawan air asam jawa
* 3 biji kentang
* 2 Kiub Pati Daging Lembu MAGGI
* 1 cawan santan

Cara:

1. Kisar bawang merah besar, halia dan bawang putih sehingga lumat.

2. Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih dan daun kari sehingga wangi.

3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris, dan tumis sehingga wangi.

4. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak.

5. Masukkan daging lembu, air, air asam jawa dan kentang. Masukkan kiub pati daging lembu MAGGI dan renehkan selama 30 minit menggunakan api perlahan.

6. Masukkan santan dan reneh selama 10 minit.

7. Kari Daging Utara sudah pun siap untuk dihidang!

3. Gulai Ikan Merah

Says seimik masak gulai ikan merah

Bahan-bahan kisar:

* 7 biji bawang merah
* 2 biji bawang putih
* 1 1/2 inci kunyit hidup
* 2 biji cili hijau
* 1 inci lengkuas
* 1 inci halia

Bahan-bahan lain:

* 2 cawan santan
* 1 sudu besar gula melaka
* 2 kiub pati ikan bilis MAGGI
* 5 tongkol ikan merah

Cara:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili hijau, lengkuas dan halia sehingga lumat.

2. Dalam periuk, masukkan santan, air, bahan kisar, gula melaka dan ikan merah.

3. Masukkan 2 pati ikan bilis MAGGI dan renehkan selama 20 minit menggunakan api perlahan.

4. Gulai Kuning Ikan Merah sudah pun siap untuk dihidang!

Untuk menambahkan lagi rasa dalam masakan anda, pastikan anda menggunakan seketul dua kiub pati Maggi!

maggi

Tidak kiralah anda nak menghasilkan hidangan-hidangan simple seperti sup ayam dan sup tom yam, ataupun hidangan yang lebih susah seperti ayam percik dan rendang daging anda pasti dapat meningkatkan lagi perisa masakan anda dengan menggunakan kiub pati Maggi.

Dapatkan lagi info tentang kiub-kiub Maggi di laman web rasmi mereka di sini.

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Untuk dapatkan banyak lagi resipi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Says seimik masak 2