Kini, banyak video bermanfaat dan kreatif boleh didapati di TikTok. Para pengguna TikTok akan menghasilkan pelbagai jenis konten untuk masuk dalam ‘For You Page’.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @abam.takaful telah berkongsi video dirinya menghasilkan potret Shuib bersama isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah dengan menggunakan rubik cube.

@abam.takaful

Al Fatihah Buat Almarhumah Siti Sarah #sitisarah

♬ original sound – dekwaaaaaa – dekwaaaaaa

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kegigihan pengguna TikTok tersebut menyusun 400 buah rubik cube untuk menghasilkan potret terindah itu. Difahamkan, dia mengambil masa seharian untuk menghasilkan potret tersebut.

Perkongsian video tersebut mendapat perhatian netizen dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hasil potret yang dibuat olehnya. Malah, para netizen turut kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh Zabli menyusun satu per satu rubik cube itu.

photo_2021-08-20_13-12-03

photo_2021-08-20_13-12-08

photo_2021-08-20_13-12-13

photo_2021-08-20_13-12-19

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mengatakan bukan senang mahu hasilkan karya sedemikian rupa kerana memerlukan kesabaran dan daya kreativiti yang tinggi. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 30 ribu tontonan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan video viral di TikTok. Klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Dari Pulau Pinang Ke Amerika Syarikat, Remaja Ini Ambil Vaksin Di Luar Negara Cetus Tanda Tanya Netizen

‘Sudah Dihujung, Malu Tolak Tepi’- Pemuda Nekad Berlari Tumpang Tandas Di SJR Curi Perhatian Netizen

Anda Mungkin Suka