Hassan Al-Kontar yang merupakan warga pelarian rakyat negara Syria telah ditahan oleh pihak polis semalam Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Beliau dilaporkan ditahan kerana telah berada dikawasan larangan, tinggal melebihi masa yang ditetapkan serta memalukan negara Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang mengesahkan penahanan itu berkata, pihaknya akan mengambil alih kes itu selepas siasatan polis selesai.

Hassan berada di zon transit KLIA2 sejak bulan Mac lalu dan bergantung kepada kebaikan kakitangan lapangan terbang serta syarikat penerbangan untuk mendapatkan makanan serta keperluan lain. Kisah beliau juga pernah mendapat liputan dari Nas Daily sebelum ini. Semoga Hassan tabah dan bersedia dengan apa yang bakal dihadapinya.