Hasselblad sememangnya terkenal dengan kualitinya yang premium. Pengeluar kamera dari Sweden ini sebelum ini pernah mengeluarkan model dengan sensor bersaiz 200-megapixel. Pada kami ianya sudah cukup hebat dan diluar keperluan majoriti pengguna.

Pada kali ini, Hasselblad telah mengeluarkan model terbaru mereka dengan saiz yang lebih besar iaitu 400-megapixel. Melalui model terbaru ini, pengguna berpeluang mengambil gambar dengan ISO mencecah 12800. Skrin sesentuh serta kebolehan merakam video dengan resolusi 4K antara yang tersedia. Tonton video ini untuk melihat model terbaru daripada Hasselblad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →