Adakah anda sering menggunakan khidmat agensi pelancongan setiap kali ingin melancong dalam atau luar negara? Malah, pasti anda pernah mendengar sindiket  pelancongan yang menipu dan anda pasti berasa trauma untuk percaya pada agensi pelancongan yang ada.

Untuk pengetahuan anda, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) merupakan badan kerajaan yang mengeluarkan lesen kepada agensi pelancong. Terdapat 3 jenis lesen yang dikeluarkan iaitu outbound, inbound dan ticketing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang membezakan ketiga-tiga lesen ini? Bagi lesen jenis outbound, agensi tersebut hanya dibenarkan untuk menjual pakej luar negara, manakala lesen jenis inbound pula menjual pakej dalam negara. Bagi lesen jenis ticketing pula, ia adalah lesen untuk pembelian jual beli tiket.

https://www.instagram.com/p/B0VrziCnl_v/

https://www.instagram.com/p/B0VsUaxHKG1/

Kita bagi satu contoh mudah, jika agensi pelancongan tersebut hanya memiliki lesen inbound dan menjual pakej pelancongan ke luar negara, ia menjadi satu kesalahan kerana tidak memiliki lesen outbound.

Malah, baru-baru ini MOTAC telah mengeluarkan 154 senarai agensi pelancongan yang tidak berdaftar dengan MOTAC. Berikut adalah 5 daripada 154 senarai agensi pelancongan yang tidak berdaftar:

1. Wonder Fly
2. Trip Jalan-Jalan
3. You Was Right Tourism
4. World Tourscape Sdn Bhd
5. WV Services Malaysia

Walau bagaimanapun, kelima-lima laman web agensi tersebut telah disekat SKMM. Itu hanyalah 5 agensi pelancongan yang tidak berdaftar, jika anda ingin melihat senarai penuh, anda boleh lihat di sini. Malah, anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini di laman web rasmi MOTAC.

Mungkin juga agensi pelancongan ini masih belum berdaftar, tetapi adalah lebih baik jika kita berwaspada dalam memilih agensi perlancong. Pilihlah agensi yang berdaftar supaya anda tidak akan ditipu.