Vitti Lodge Osaka sememangnya tempat penginapan popular di kalangan pelancong Malaysia yang melawat Osaka. Ianya terletak di lokasi yang strategik untuk kebanyakkan lokasi tarikan pelancong di Osaka.

Menarik tentang Vitti Lodge ini adalah ianya menyediakan makanan halal untuk pengunjung serta mempunyai bilik khas untuk anda solat. Namun, beberapa hari ini, status halal makanan yang disediakan di Vitti Lodge Osaka diragui kerana dikhabarkan mula mencampurkan daging daripada sumber yang tidak halal dalam masakannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Isu ini menjadi bualan di laman Facebook Road To Japan dan ramai yang terkejut dengan perubahan sikap pemilik Vitti Lodge Osaka, Vitti. Seorang ahli Road To Japan, Muhammad Sufi menjelaskan beliau adalah insan yang bertanggungjawab menukar status dapur Vitti Lodge Osaka kepada dapur yang 100% halal.

Menurut perkongsian Muhammad Sufi, Mac 2017 bermula perjalanan Sufi untuk menjadikan restoran Vitti Lodge 100% halal. Ketika itu, tiada isu bahan mentah bercampur kerana Sufi sendiri yang membeli barangan basah yang akan dimasak. Pada Oktober 2017 hingga November 2018, tugas ini digalas pula oleh chef Hafizee Ismail.

Pada bulan Jun 2018, beliau sudah meninggalkan Vitti kerana meragui ketelusan dalam pengurusan lodge dan restoran. Pertamanya, kerana ada perkara yang beliau sembunyikan daripada orang luar dan juga sikap Vitti yang suka memburukkan orang lain walaupun orang berkenaan banyak membantunya dalam bisnes yang dikendalikannya.

Menerusi komen yang terdapat pada group Road to Japan, ramai yang sudah ‘terkena’ dengan Vitti. Ada yang berkata mereka mendapat bilik yang berlainan daripada bilik yang ditempah dan tidak kurang juga yang bersetuju mendapat layanan yang kurang baik daripada Vitti.

Vitti dengan angkuhnya berseloroh bahawa beliau bila-bila masa sahaja boleh menukarkan restorannya kepada menu tidak halal kerana menu tidak halal lebih luas pasarannya.

Ema Vitti

Buat masa ini, encik Sufi menasihatkan pelancong Malaysia yang akan ke Osaka untuk mencari alternatif penginapan yang lain jika tidak mahu diperdaya oleh Vitti.

Restorannya mungkin masih terpampang perkataan halal tetapi disebabkan sudah timbul keraguan, dinasihatkan untuk tidak meneruskan niat untuk makan di sana.