Tahukah anda bahawa seseorang itu boleh dihukum di bawah Seksyen 233 dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali jika anda didapati bersalah menggunakan sosial media untuk menulis komen kesat, berkongsi maklumat dengan niat mengaibkan orang lain.

Perbuatan di atas merupakan satu jenayah buli siber dan mangsa boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa. Jika didapati bersalah, pembuli akan didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangakain).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui laporan Utusan Malaysia, difahamkan bahawa sebanyak 2,190 kes buli siber telah dikesan oleh Cyber Security Malaysia (CSM) dalam tempoh lima tahun lalu. Difahamkan bahawa 571 kes berlaku pada 2017, 356 kes pada 2018, 260 kes pada 2019, 596 kes pada tahun 2020 dan 417 kes pada tahun lalu.

Difahamkan bahawa buli siber berlaku melalui emel, laman media sosial, telefon bimbit dan mana-mana platform internet dengan pembuli melakukan perbuatannya dengan tujuan menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang.

Malaysia duduki tangga keenam dalam isu buli siber di peringkat global. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Malaysia Menduduki Tangga Keenam Dalam Isu Buli Siber Di Peringkat Global

Mahu Elak Buli Siber, Instagram Perkenalkan Ciri Privasi Baharu Buat Para Pengguna

Malaysia Berada Di Tangga Ketiga Dalam Kedudukan Ketagihan Telefon Pintar Paling Teruk Dunia