Anda teringin untuk melihat karya anda terpampang pada botol air di mana sahaja anda pergi? Nampaknya Hausboom mahu rekaan anda pada label minuman mereka!

#AkuPunyaHausboom merupakan satu kempen di mana Hausboom membuka ruang kepada semua pengkarya untuk mengekspresikan idea dan seni mereka pada rekaan label air Hausboom.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini pihak Hausboom telah menerima banyak idea, konsep dan karya yang berkaitan dengan Hausboom daripada orang ramai dan peminat setia minuman ini. Dan sebagai membalas sokongan yang berterusan ini, Hausboom mengadakan satu contest di mana peserta boleh menyerlahkan bakat mereka dengan rekaan label pada botol Hausboom.

Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu muat turun rekaan template di sini dan serlahkan kreatviti anda. Anda perlu muat naik rekaan anda di Instagram berserta hashtag #AkuPunyaHausboom dal layari laman Hausboom untuk melengkapkan borang penyertaan.

https://www.instagram.com/p/B8JMn36g6nc/

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Februari 2020 dan bermakna anda masih ada 5 hari untuk menyertai pertandingan ini. Online voting akan bermula pada 25 Februari 2020 sehingga 1 Mac 2020. Semoga berjaya!

Hausboom sebelum ini pernah tular di Korea Selatan apabila minuman ini dipromosikan oleh satu kumpulan K-Pop secara tidak sengaja. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Permintaan Hausboom Meningkat Di Korea Selatan Kerana ‘Dipromosikan’ Artis K-Pop

Kisah Bagaimana Jenama Hausboom Berjaya Menembusi ‘Chiller’ 7-Eleven

Hausboom Tepati Janji Cabaran Di Twitter, Kereta #hausboomXhotwheels Bakal Diberi Percuma Di Art Of Speed 2019