Jenama air botol tempatan yang sedang popular di Malaysia, Hausboom kini sudah boleh didapati di pelbagai rangkaian kedai runcit seluruh negara. Pelbagai rintangan dan pahit getir yang perlu ditempuh Hausboom sebelum beroleh kejayaan memenuhi chiller rangkaian antarabangsa seperti 7-Eleven dan sebagainya.

Semuanya possible kerana sokongan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus terhadap jenama Hausboom. Justeru itu, sebagai membalas jasa rakyat Malaysia, Hausboom mahu menghadiahkan kereta Mini Cooper untuk anda!

Menerusi kempen #NampakJeBeli, Hausboom mahu hadiahkan peminat dengan pelbagai hadiah bulanan dan hadiah utamanya adalah sebuah kereta Mini Cooper. Cara untuk anda sertai kempen ini juga memang sangat mudah:

Hausboom Contest 1
Cabaran #NampakJeBeli !

1. Beli air Hausboom di mana-mana rangkaian kedai serbaneka di Malaysia.

2. Muat turun borang peraduan di sini dan isi butiran anda.

3. Jangan buang dahulu penutup botol Hausboom anda! Simpan dan hantarkan semua penutup botol yang anda sudah kumpul ke pihak Hausboom.

Hausboom Contest 2
Lagi banyak anda beli, lagi tinggi peluang untuk anda menang

4. Selepas pihak Hausboom menerima penyertaan anda, anda akan menerima emel daripada wakil mereka sebagai tanda anda telah layak menyertai peraduan ini.

5. Hausboom akan membuat pengumumuman pemenang bulanan pada minggu kedua setiap bulan dan akan diberitahu di semua laman sosial Hausboom.

6. Pemenang utama untuk Mini Cooper pula akan diumumkan pada minggu ketiga selepas tamatnya kempen ini.

Mudah sahaja kan? Kempen #NampakJeBeli ini akan berlangsung sehingga September 2020 dan bukan sahaja Mini Cooper, tetapi pelbagai hadiah menarik lain turut tersedia setiap bulan antaranya voucher membeli belah di JD Sports bernilai RM700, PlayStation 4, DJI Osmo Pocket, jam tangan G-Shock dan banyak lagi.

Pemenang 1
Pemenang voucher JD Sports
Pemenang 2
Pemenang headphone Beats Solo 3
Pemenang 3
Pemenang PlayStation 4 Slim
Pemenang 4
Pemenang Jam Tangan G-Shock
Pemenang 5
Pemenang Apple Watch

Ayuh sertai kempen ini. Mana tahu rezeki anda, anda boleh bawa pulang Mini Cooper. Cool gila!