Tahun 2020 menyaksikan industri muzik terutama yang melibatkan penganjuran secara langsung terpaksa berehat buat seketika waktu. Penularan pandemik serta penjarakan sosial dan pelbagai SOP yang ditetapkan menyaksikan hampir tiada acara-acara hiburan dilangsungkan.

Bagaimanapun, untuk memeriahkan kembali scene muzik Malaysia yang terhenti buat seketika pada tahun lalu, Hausboom pada tahun ini bakal tampil bersama pertandingan battle of the band secara maya anjuran mereka di mana proses audition akan bermula dari 1-14 Februari 2020.

Tambah menarik, penyertaan ini bukan hanya terhad kepada band dari Malaysia tetapi juga dari Indonesia, Brunei dan Singapura.

Menurut Hausboom, Penganjuran Battle of The Boom kali ini adalah merupakan salah satu inisiatif daripada pihak mereka untuk membantu pemuzik-pemuzik dan juga band di luar sana yang terkesan dengan situasi pandemik COVID-19 ketika ini.

Di samping itu juga, penganjuran pertandingan secara maya ini juga akan memeberikan ruang kepada para peminat untuk kembali menikmati muzik kegemaran mereka seperti yang berlaku di Konsert Hausboom Music 2019 yang lalu.

Menggunakan konsep pertandingan dengan pengundian daripada penonton dan pemarkahan daripada juri, Hausboom kali ini menampilkan beberapa artis terkenal tempatan sebagai juri.

Antara juri yang bakal terlibat dalam sistem pemarkahan pertandingan kali ini adalah Ag Coco (Hujan), Youk (Bunkface), Qi Razali (OAG) dan Alif Satar & The Locos.

Bakal menawarkan hadiah keseluruhan sehingga RM15,000 dan pelbagai hadiah istimewa, pemenang pertandingan Battle of The Boom kali ini juga berpeluang untuk memenangi kontrak rakaman bersama ASET Records. Ikuti langkah di bawah cara untuk anda menyertai pertandingan ini.

HOW TO JOIN BOTB 02-01

HOW TO JOIN BOTB 02-02

HOW TO JOIN BOTB 02-03

HOW TO JOIN BOTB 02-04

HOW TO JOIN BOTB 02-05

Adakah band anda yang bakal merangkul tempat pertama di Battle of The Boom ini? Jangan lepaskan peluang ini untuk kongsi lagu terbaik ciptaan anda kepada umum. Untuk penyertaan atau maklumat lanjut, klik di sini.

Hausboom kini bukanlah lagi jenama yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Baca kembali perkongsian menarik kami mengenai mereka sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Permintaan Hausboom Meningkat Di Korea Selatan Kerana ‘Dipromosikan’ Artis K-Pop

Kisah Bagaimana Jenama Hausboom Berjaya Menembusi ‘Chiller’ 7-Eleven

Bariskan Artis Pelbagai Genre, Konsert Hausboom Music 2019 Kembali Dengan Lebih Epik