Hangat di Twitter semalam apabila jenama minuman air botol kaca terkenal Hausboom perlu akur dengan cabaran yang telah dibuat dan perlu memberi kereta pameran mereka kepada pembeli bertuah di Art Of Speed 2019!

Hausboom merupakan minuman rasmi untuk acara Art Of Speed sejak beberapa tahun lalu. Art Of Speed akan berlangsung hujung minggu ini dan Hausboom bakal tampil berbeza dan lebih besar tahun ini.

Khas untuk Art Of Speed, Hausboom telah menghasilkan sebuah kereta Volkswagen Beetle Gen 1 pada skala 1:1 mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh jenama Hot Wheels. Lebih menarik, model ini merupakan model full-scale pertama di Asia yang mendapat pengiktirafan daripada Hot Wheels!

Kisahnya bermula apabila pemilik akaun Twitter InjangNation bertanya pada pihak Hausboom adakah kereta pameran Hot wheels mereka hanya untuk pameran atau bakal diberikan kepada pembeli Hausboom bertuah di AOS 2019. Kemudian, Hausboom menyatakan jika beliau mendapat lebih 10,000 Retweet dalam masa sehari, Hausboom akan ‘melepaskan’ kereta berkenaan secara cabutan bertuah kepada pembeli Hausboom di Art Of Speed nanti.

https://twitter.com/InjangNation/status/1152454816922136576

Perkara pertama yang anda perlu tahu dengan netizen di Malaysia ialah jangan cabar netizen di media sosial. Dalam masa sehari, lebih 10,000 Retweet diterima dan menyebabkan Hausboom ‘goyang’ seketika.

Berpegang pada prinsip dan janji yang telah dibuat, menerusi akaun Twitter mereka semalam Hausboom membuat pengumuman rasmi bahawa kereta full scale HotWheels mereka akan diberikan kepada pembeli Hausboom bertuah di Art Of Speed nanti.

https://twitter.com/InjangNation/status/1153069903869440001

Anda yang akan ke MAEPS, Serdang hujung minggu ini jangan terlepas peluang untuk membeli minuman edisi khas Hausboom. Mana tahu rezeki anda boleh bawa pulang model Hotwheels skala sebenar ini nanti.