Bella Ammara dimulakan oleh pengasasnya, Sharifah Nabilla al-Yahya dan Carl Samsudin pada hujung tahun 2012. Melalui konsep luxury muslimah, Bella Ammara berjaya mencuri hati mereka yang mahu tampil trendy, tetapi masih sopan menutup aurat.

Pada Julai 2013, Bella Ammara mula membuka butik fizikal mereka yang pertama di Setapak. Satu demi satu cawangan di buka, dan sehingga kini syarikat ini memiliki 5 cawangan di Setapak, Shah Alam, Bangi, Sungai Petani dan Johor Bahru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Carl Samsudin pernah berkongsi kisah beliau di dalam artikel Bagaimana Syarikat Ini Bermula Dari 9 Telekung Sehingga Mempunyai 5 Cawangan.

Menembusi Pasaran Antarabangsa

Bella Ammara mula mengembangkan pasaran mereka ke luar negara dengan penjualan busana di pasaran United Kingdom melalui medium internet di BellaAmmara.co.uk. Jenama pakaian terkenal ini juga merancang membuka butik fizikal mereka di UK kelak.

Fokus syarikat ini pada tahun 2016 adalah untuk menjadikan jenama tempatan setanding seperti jenama antarabangsa. Strategi Bella Ammara adalah untuk terus memberi nilai dari aspek jenama, kualiti, exclusivity, persembahan, artwork, dan lain-lain.

Langkah pertama strategi Bella Ammara adalah melalui pengenalan koleksi terbaru mereka, Haute Bella No.1.

Haute Bella No.1

Haute Bella No.1, adalah koleksi jubah siri pertama Edisi Eksklusif Bella Ammara yang akan dilancarkan bersempena Grand Opening Bella Ammara Kuantan pada 25th Disember 2015.

Haute Bella No.1 adalah merupakan salah satu koleksi terbaik Bella Ammara. Proses penghasilannya tidaklah semudah yang disangka. Proses pemilihan tona warna dan pembuatan memakan masa yang lama demi memastikan Haute Bella No.1 tampil ekslusif dan mewah.

haute-bella-no1-01
Bella Ammara

Diperbuat daripada sutera asli Zara Satin dengan kualiti terbaik dan direkacipta dengan cetakan digital, Haute Bella No.1 adalah koleksi yang memikat hati.

Haute Bella No.1 dijahit di sebuah tailor house yang diperakui mutunya. Setiap helai Haute Bella No.1 akan diperiksa dengan mata dan tangan berulang kali demi memastikan kesempurnaan busana.

haute-bella-no1-02
Bella Ammara

Kesemua usaha dijalankan dengan berhati-hati, kerana Haute Bella No.1 bakal menjadi duta kepada usaha pengembangan Bella Ammara.

Haute Bella No.1 ditatah oleh Kristal Swarovski yang eksklusif, diimport khas dari Tyrol, Austria. Kristal-kristal Swarovski dipilih dan diperiksa secara terperinci sebelum diletakkan dengan penuh teliti di sekeliling pergelangan tangan koleksi Haute Bella No.1.

haute-bella-no1-04
Bella Ammara

Malahan, Haute Bella No.1 didatangkan dengan lapisan kain dalam untuk memastikan ianya bertepatan dengan syariah dan sesuai dengan kehendak Muslimah.

Bagi melengkapkan koleksi yang penuh mewah ini, setiap helai koleksi Haute Bella No.1 mempunyai sijil sah dan kotak ekslusif yang dikeluarkan khas bersempena koleksi ini sahaja.

haute-bella-no1-03
Bella Ammara

Koleksi Haute Bella No.1 hanya dikeluarkan sebanyak 300 helai demi memastikan kualiti terbaik untuk anda. Hanya untuk anda.

Usaha pembuatan teliti menggunakan material terbaik melalui Haute Bella No.1, akan melonjakkan Bella Ammara ke peringkat seterusnya.

BACA: 5 Panduan Mudah Untuk Menggayakan Color Block Seperti Hijabista

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram