HBO Asia telah memperkenalkan empat pasang kasut khas sempena meraikan musim akhir Game of Thrones hasil kolaborasi bersama adidas. HBO Asia mengambil peluang ini kerana sudah sedia maklum, peminat Game of Thrones sudah pasti sedang menunggu musim terakhir itu ditayangkan pada 14 April ini.

Empat pasang kasut ini terdiri daripada Lannister House dalam warna hitam, merah dan emas daripada Continental 80, House Stark yang ditampilkan daripada rekaan adidas Falcons, House Targayen dalam bentuk camo Stan Smith dan White Walkers daripada adidas Micro R1.

Koleksi kasut ini mempunyai warnanya yang tersendiri yang mencerminkan setiap watak yang ada di dalam Game of Thrones. Semua model ini dibuat secara handmade oleh penempa kasut custom terkemuka Singapura, SBTG Official.

Buat masa ini, koleksi ini bukan untuk dijual dan dibuat khas untuk promosi musim terakhir Game Of Thrones sahaja.

HBO Asia Game of Thrones Sneakers

HBO Asia Game of Thrones Sneakers

HBO Asia Game of Thrones Sneakers

HBO Asia Game of Thrones Sneakers