Mula diperkenalkan sejak 2010, akhirnya servis penstriman popular HBO Go sudah mula ditawarkan di Malaysia secara rasmi.

Melalui servis ini, anda berpeluang menonton kandungan dan rancangan eksklusif yang ditawarkan oleh HBO terus melalui telefon pintar serta laman web. Selain itu, sari kata Bahasa Malaysia turut ditawarkan melalui servis penstriman ini.

Screen Shot 2019-05-20 at 5.58.18 PM

Servis yang ditawarkan ini eksklusif buat pelanggan Astro setakat ini dimana anda boleh log masuk HBO Go menggunakan akaun Astro anda. Walaubagaimanapun ianya cuma ditawarkan buat pengguna yang melanggan Movies Pack.

Buat anda yang tidak mempunyai masa untuk mengikuti kandungan HBO di TV, kini anda boleh melayarinya secara terus melalui HBO Go dengan klik disini.

Sumber