Walaupun hanya 34 saat, tetapi ia sudah cukup buat peminat setia DC teruja. Setelah lama berkempen untuk versi Snyder’s Cut, HBO Max akan menayangkan versi pengarah asal Justice League tahun hadapan. Dapat dilihat dalam teaser ini, terpancar ketakutan Gal Gadot (Wonder Woman) apabila melihat satu ukiran purba penjahat Darkseid.

Watak Darkseid adalah yang paling berbeza antara versi Zack Snyder dan Joss Whedon (pengarah filem The Avengers) yang mengambil alih kerusi pengarah selepas Snyder mengundur diri daripada projek Justice League kerasa urusan peribadi.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

HBO Max pasti akan kongsi trailer rasmi Justice League di masa akan datang dan yang pasti, filem ini akan kekal ‘dark’ seperti mana filem DC sentuhan Snyder sebelum ini.

Untuk bacaan lanjut tentang Justice League versi Zack Snyder ini, klik pada pautan di bawah.

Warner Bros Umum Justice League Versi Zack Snyder Akan Ditayangkan Tahun Hadapan

Zachary Levi Mahu Bersama Gal Gadot Dan Jason Momoa Dalam ‘Justice League’

‘Black Panther’ Cuma Perlu Masa 4 Hari Untuk Pecah Rekod Kutipan ‘Justice League’

Anda Mungkin Suka