Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Berjalan bersendirian di tepi pantai merupakan antara terapi untuk merawat luka dalam jiwa dan juga boleh menenangkan fikiran yang serabut tanpa gangguan orang lain.

Niat mahu ‘healing’ bertukar kepada ‘missing’ apabila tidak jumpa jalan pulang ketika berjalan di pantai seorang diri. Itulah yang terjadi kepada pengguna TikTok @acugesic yang panik apabila tidak jumpa jalan untuk pulang setelah berjalan lama di tepi pantai.

@acugesic

Replying to @mimiekayy rescue bagitahu kawasan kita masuk tu memang keras sikit tapi alhamdulillahh kat kita takda jadi apa apa, balik tu pun memang terus mandi dan solat.

♬ Sumpah dan cinta matiku – Nidji

HYPE
Menu Paling Digemari Rakyat Malaysia, Prosperity Burger Kini Kembali Di McDonald’s
Baca lagi →

Pada awalnya, dia berjalan sejauh 2 kilometer di tepi pantai dan menyedari bahawa dia makin jauh tetapi masih meneruskan perjalanan. Kemudian, air dilihat makin pasang dan membuatkan dia terpaksa panjat batu sepanjang perjalanan.

Makin berjalan, dia mendapati lokasinya makin jauh dari pintu masuk apabila dia merujuk aplikasi navigasi lalu dia yang panik awalnya kerana tiada liputan telefon menjadi syuur kerana berjaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan dirinya.

Difahamkan, gadis tersebut diselamatkan oleh anggota polis dan bomba, lau dihantar pulang ke rumahnya. Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa syukur kerana gadis itu terselamat.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa kawasan tersebut memang ‘keras’ sikit. Lantaran itu, para netizen juga menasihati gadis itu dan mereka di luar sana agar tidak keluar berseorangan ke tempat yang asing agar tidak berlaku kejadian seperti ini.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan dan mendapat lebih 300 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Mesra Berpelukan Erat, Adegan Shahz Jaszle Dan Emma Maembong Undang Kecaman Netizen

Sudah Rasmi Boleh Digunakan, Pengguna Dilihat Bangga ‘Flex’ Apple Pay Di Media Sosial