Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini, syarikat teknologi berimpak tinggi HealthMetrics dan Lapasar berjaya melepasi Panel Pemilihan Tempatan Endeavour Malaysia yang pertama untuk tahun ini. Dua syarikat berkenaan berada pada landasan yang betul dan dijangka akan berkembang dengan pesat dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang.

Syarikat HealthMetrics merupakan salah satu platfom yang menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh merangkumi aspek pengurusan faedah dan pengurusan penjagaan kesihatan pekerja dengan sebanyak 4,000 perkhidmatan kesihatan menerusi platfom berkenaan. Manakala, Lapasar merupakan platfom e-dagang dalam talian yang dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada syarikat dan peruncit.

ende 2

Thinesh Kumar (CEO & Pengasas Bersama Lapasar)

ende 1

Alvin Yuan & Advent Phang (Pengasas Bersama HealthMetrics)

“Ini merupakan kali kedua kami melalui process pemilihan. Kami bertemu lebih 10 mentor di Endeavor dan beberapa seminar menerusi Program ScaleUp Endeavor. Setiap nasihat dan pandangan yang kami terima memainkan peranan penting dalam setiap keputusan perjalanan syarikat kami,” kata Alvin Yuan, CEO dan pengasas bersama HealthMetrics.

Mentor selaku panelist yang bertanggungjawab dalam sesi pemilihan kali ini adalah Brahmal Vasudevan (Founder & CEO Creador, Chairman Endeavor Malaysia), Loi Liang Tok (Head of PizzaHut Malaysia), Michael Chan (Executive Director/CEO Media Prima Omnia) dan Fadzaruddin Anuar (CEO & pengaas bersama FashionValet).

“Proses pemilihan di Endeavor sangat penting bagi memilih usahawan yang benar-benar mahu mengembangkan perniagaan/syarikat mereka dan memberi kesan positif kepada ekonomi dengan menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Sebagai salah satu usaha kami untuk bantu scaleups, Endeavor Malaysia akan bekerjasama dengan HealthMetrics dan Lapasar untuk menangani cabaran mereka dalam bisnes, khidmat nasihat daripada para mentor dan resources untuk mengembangkan syarikat,” komen Adlin Yusman, Pengurus Urusan Endeavor Malaysia.

Bergelar usahawan Endeavor tempatan, Alvin, Advent dan Thinesh Kumar akan dibantu sepenuhnya dan mendapat akses terus merangkumi nasihat strategik, modal, dan pasaran bagi meningkatkan skala perniagaan ke peringkat yang seterusnya.

Sejak penubuhan Endeavor pada tahun 1997, syarikat ini telah berjaya beroperasi di lebih 37 pasaran merangkumi Afrika, Asia, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Endeavor telah menyokong 45 syarikat di Malaysia sekali gus membantu mereka menjana pendapatan sebanyak RM1.4 bilion dan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 20,000. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari web Endeavor Malaysia bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan anda.

Ini beberapa artikel lain berkaitan dunia bisnes. Baca lagi pada pautan di bawah.

Adik Beradik Pemilik MR DIY Antara Hartawan Baru Yang Tersenarai Dalam Forbes

Berjaya Miliki RM247.56 Bilion, Pengasas TikTok Kini Tersenarai Antara Individu Terkaya Dunia

Celcom Dan Digi Sah Bergabung Secara Rasmi Sebagai Celcom Digi Berhad

Anda Mungkin Suka