Hearst merupakan antara syarikat media yang terbesar di dunia telah melakukan satu pelaburan strategik di dalam syarikat media digital yang mempunyai lebih 57 juta pelawat unik setiap bulan dan 450 juta page views bulanan iaitu Complex.com.

Antara pegangan sahamnya ada di dalam TV kabel (ESPN, A&E, History, Lifetime), lebih 300 majalah cetakan (Cosmo, Elle, Harpers Bazaar, Car & Driver) di dunia, agensi ratings dunia (Fitch Group), surat khabar (Houston Chronicle, San Francisco Chronicle and Albany Times Union) dan media digital digital (BuzzFeed, Vice, Awesomeness TV)

Complex.com menerajui niche budaya dan trend yang mengetengahkan pop culture, hiburan, fesyen, muzik hip-hop, seni dan rekabentuk, makanan, teknologi, sukan dan permainan video. Ia mempunyai pengaruh yang besar ke atas generasi millenia.

Hearst Corporation dan Complex Media mengumumkan usahasama baru, dengan nilai pelaburan US$21 juta di mana ia akan membantu Complex untuk menjadi lebih besar dan lebih baik. Ini bermakna konten-konten Complex.com menghala ke satu tahap yang lebih tinggi di dalam industri media digital.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Hearst Entertainment & Syndication Co-President dan Hearst Digital Studios President Neeraj Khemlani, Pengasas Complex and CEO Rich Antoniello dan Pengasas Complex Marc Ecko.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber