Seperti yang ramai sedia maklum, tujuan pemasangan banting adalah untuk mengwar-warkan sesuatu informasi kepada orang ramai. Dalam pada itu, sebuah kedai menjual ikan di Pulau Pinang nampaknya tampil berbeza daripada kebiasaan dengan meletakkan banting bagi tujuan yang berbeza.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @nightraveller_, beliau telah menunjukkan sebuah kedai di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang hadir dengan mesej yang ringkas namun berjaya mendapat perhatian ramai menerusi banting yang digantung.

https://www.tiktok.com/@nightraveller_/video/7029641062276795675?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Memaparkan ‘Tak tau nak print apa, elakkan sinaran matahari je’ pada banting, kedai ikan ini nampaknya berjaya meraih perhatian termasuk para netizen yang turut terhibur dengan mesej unik yang disampaikan.

Sumber: Tiktok @nightraveller_
Sumber: Tiktok @nightraveller_

Melihat kepada jumlah likes yang diterima sebanyak 10 ribu serta jumlah tontonan mencecah hampir 100 ribu jelas menunjukkan pemasaran kedai ini sama ada berniat untuk sebaliknya tercapai. Tahniah diucapkan buat pemilik kedai ini atas kreativiti beliau dalam mempromosikan sebuah kedai yang menawarkan pelbagai ikan perhiasan.

Tular pada minggu lalu apabila seorang wanita mengongsikan detik cemas yang dilalui apabila ‘diekori’ rapat oleh kereta yang tidak dikenali.

‘Diekori’ Rapat Kereta Tidak Dikenali, Perkongsian Detik Cemas Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

‘Geng Kuda’ Tinggalkan Najis Di Drive-Thru McDonalds Raih Kecaman Netizen