Duk sembang pasal politik pasal budak sekolah viral, meh kita sembang pasal Tentera pula, pasal ATM khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja.

Tadi bersembang dalam telefon dengan sepupu rapat dari kampung, Mat Zuki Abdullah atau pun lebih dikenali sebagai Mael Chupeng di kalangan adik beradik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya call dia nak tanya kisah “Black Hawk Down” di Somalia yang Hollywood buat filem tapi tak ada pun babak Tentera Malaysia pergi selamatkan tentera Amerika tu.

Saya ingat lagi waktu Mael dan rakan-rakannya, Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sg Layar Sg Petani nak berangkat naik kapal terbang di Bayan Lepas ke Somalia, saya ada sekali hantar dia di airport.

Bila balik daripada misi di Somalia, macam-macam yang Mael cerita kat saya; antaranya ialah kisah keberanian rakan-rakannya team ATM pergi selamatkan tentera Amerika yang terkepung selepas Black Hawk terhempas ditembak pemberontak Somalia.

Tadi saya telepon Mael nak confirm sekali lagi ceritanya. Mael cerita:

Waktu tu dia dan kawan-kawan dia bertugas mengawal kawasan landasan kapal terbang di situ. Petang tu dia nampak ada roket ditembak naik ke atas, mulanya dia tak pasti apa yang berlaku.

Lepas tu baru dapat maklumat yang Black Hawk tentera Amerika dalam operasi menangkap Jeneral Aidit Warlord Somalia tu kena tembak dan terhempas.

Pada mulanya PBB hantar pasukan dari negara lain untuk pergi selamatkan tentera Amerika yang terkepung tu, tentera Pakistan kalau tak silap – tapi tak lepas nak masuk sebab tembakan roket dll bertalu-talu.

Akhirnya mereka minta bantuan Malaysia.

Mael kata lepas solat maghrib dua kompeni tentera Malaysia bergerak masuk ke kawasan market Bakara (tak pasti nama). Mael cerita tentera kita masuk ikut formasi (teknik peperangan) tertentu.

Berlaku pertempuran sengit dengan tentera pemberontak somalia, dari maghrib hingga ke subuh, roket dan segala makneka senjatapi ditembak bertalu-talu.

Mael kata dia yang tak ikut serta kerana tugasan berbeda, dari jauh boleh nampak percikan cahaya ke langit dan bunyi senjata api berdentum-dentam, nampak macam orang main bunga api dan mercun malam raya.

Lepas subuh baru reda, waktu tu lah mereka pergi kutip mayat tentera Amerika dan selamatkan tentera-tentera Amerika yang terkepung.

Mael kata kalau tentera kita tak pergi bertempur sepanjang malam tu, pakat mati habislah tentera-tentera Amerika yang terkepung tu.

Hebatnya Angkatan Tentera Malaysia ATM yang Hollywood cuba sembunyikan dari kita.

Sesekali seronok juga duk dengar cerita kisah kehebatan negara kita. Hidup ATM, Hidup Malaysia!

Mael sepupu saya ni pun dah lama pencen, dia cerita ada kawan-kawan dia yang turun perang malam tu sekarang dah pencen dan kerja jaga pump minyak di Sg Petani.

Mael kata nak buat macam mana, askar pencen macam itu sajalah kerjanya. Perwira negara tu.

Dalam gambar, Mael dalam jeep tentera Amerika. Mael kata itu gambar selepas kejadian Black Hawk down.

Sebelum tu bukan kata nak naik, nak amik gambar kereta mereka pun tentera Amerika tak bagi. Tapi lepas kejadian itu, berduyun-duyun pegawai atasan tentera Amerika mari melawat kem Malaysia, ucap tahniah dan terima kasih bertalu-talu.

Hebat juga negara kita Malaysia ini rupanya, kita saja yang tak tahu!

Saja nak kongsi.