Sebuah video yang tersebar luas di media sosial menunjukkan peralatan kecergasan bergerak sendiri dan didakwa berhantu. Polis juga telah tampil ke tempat kejadian dan mereka sendiri keliru dengan kejadian tersebut.

Mirror melaporkan bahawa video ini dirakam di Taman Kanshiram di Kota Jhansi, Negeri Uttar Pradesh, India, pada awal pagi Selasa lalu.

Jurucakap polis Negeri Uttar Pradesh, Rahul Srivastav, berkongsi video seram itu di laman Twitter, dan telah mendapat 1,000 ciapan balas dan 3,400 tanda suka. Dia turut bertanya kepada pengikutnya “Hantu sedang bersenam?”

Ciapan itu mendapat balasan orang ramai di mana sebahagian daripada mengambilnya sebagai satu perkara yang lucu. Sementara yang lain menganggapnya itu adalah perkara yang betul-betul terjadi disebabkan oleh kuasa ghaib.

“Saya biasanya tidak percaya pada hantu, tetapi video ini di taman Delhi … menakutkan saya,” tulis seorang pengguna Twitter yang dipetik oleh The Sun.

Manakala yang lain pula menulis, “Percaya atau tidak tetapi hantu sudah mula berlatih dan ini berlaku di taman Rohini Japani sekitar jam 2 pagi ini!!”

Tetapi tidak semua orang percaya bahawa peralatan kecergasan digunakan oleh hantu. Seorang sumber tanpa nama mengatakan, “Ada orang bertindak meletakkan minyak pada bahagian yang bergerak. Dengan sedikit tolakan, mesin dapat bergerak sendiri kerana licin.”

Untuk bacaan lanjut mengenai kejadian pelik dan kisah hantu, klik pautan di bawah.

Netizen Berbalah Tentang Kesahihan Rakaman Video Penampakan ‘Hantu’ Dari Indonesia Ini

‘Pekan Hantu’ Yang Tenggelam Sejak 1994 Bakal Dibuka Semula Untuk Pelancongan

Kemalangan Misteri Membabitkan Penunggang Motosikal Dan ‘Hantu’ Cetus Tanda Tanya Netizen

Sumber