Ada peminat setia Harry Potter di sini? Kalau anda ke Kelantan, jangan lupa untuk singgah ke Hedwig Books & Cafe yang baru sahaja dibuka baru-baru ini.

Hedwig Books & Cafe ialah sebuah kafe yang dihias mengikut tema siri Harry Potter dan berdasarkan gambar-gambar pengunjung yang sudah pergi ke kafe ini, memang nampak seperti anda sedang minum di kafe Hogwarts!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelbagai jenis buku yang tersedia di rak kafe ini untuk dibaca sambil anda minum kopi. Disamping hiasan kedai persis di Hogwarts, jubah Harry Potter, cermin mata dan scarve turut disediakan untuk tujuan bergambar di sini. Rugilah datang jauh-jauh kalau tak bergambar di sini bukan?

Novel Harry Potter dalam Bahasa Malaysia dan permainan Scrabble edisi Harry Potter turut tersedia di sini untuk anda membaca dan bermain bersama rakan-rakan. Satu kafe yang boleh ditambah dalam senarai tempat yang anda boleh lawati sekiranya berada di Kelantan.

Untuk info lanjut tentang kafe ini, boleh ikuti mereka di sini. Masih belum ada butterbeer d sini. Mungkin di masa akan datang? Expecto Patronum!

https://www.instagram.com/p/BalUT5IhMnM/?taken-by=hedwigbooks

https://www.instagram.com/p/BawbrvEjLw-/?taken-by=hedwigbooks