Jika anda pernah mencuba keenakan ‘Cadbury Creme Egg’, mungkin anda boleh mencuba produk terbaharu kolaborasi Cadbury dan Heinz yang memperkenalkan mayonis berperisa Creme-Egg. Namun setakat ini produk ini difahamkan akan ditawarkan untuk pasaran London sahaja.

CremeEggMayoMain-2019040410361025

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sempena dengan Easter Day yang akan datang hujung bulan ini, pengenalan mayonis berperisa Creme-Egg ini sangat sesuai untuk dihidangkan pada perayaan tersebut. Namun tidak semua warga kota London dan sekitarnya menerima berita ini dengan baik.

Ada dalam kalangan pengguna Twitter memberi respon yang mempersoalkan mengenai gabungan perisa ini biarpun sambutan kedua-dua produk ini secara berasingan amatlah baik.

Ada yang berpendapat gabungan mayonis dan sos berperisa yang sedia ada di pasaran masih boleh diterima tetapi berlainan pula dengan gabungan mayonis dengan produk manis. Mungkin anda mahu mencuba?