Sebuah kemalangan ngeri telah berlaku sebentar sahaja tadi apabila dilaporkan sebuah helikopter jenis LEO yang dinaiki lima lelaki warga tempatan terhempas di kawasan kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang.

Menurut Kosmo, juruterbang dan pembantu yang berusia 55 hingga 53 tahun itu mengalami patah kaki dan cedera ringan manakala tiga penumpang disahkan selamat tanpa sebarang kecederaaan. Keadaan helikopter pula dimaklumkan tidak mengalami kebakaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dimaklumkan petugas dari Balai Bomba dan Penyelam Shah Alam dan Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu bomba LTSAAS dalam penyelamatan.

Kesemua mangsa telah menerima rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan dan bakal dimaklumkan kelak.

Tular pada minggu lalu apabila terdapat pasangan instafamous mengajar netizen cara-cara untuk merentas negeri untuk  bulan madu sebelum dipanggil oleh pihak polis atas dakwaan memberi keterangan palsu.

Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Tindakan ‘Instafamous’ Buat Netizen Berang

Serangan Anti Asia Merebak Di Amerika Syarikat, Apakah Punca Di Sebalik Kejadian Ini?