Tidak dinafikan bahawa kartun Hello Kitty memiliki peminatnya tersendiri baik daripada golongan kanak-kanak mahupun dewasa dan ini merupakan berita baik untuk peminat Hello Kitty. Ini kerana Sanrio berkolaborasi dengan Baby-G tampil dengan koleksi jam tangan bersempena dengan ulang tahun ke-45 Hello Kitty.

Menariknya koleksi jam tangan ini, ia tampil dengan dua pilihan warna iaitu putih dan merah jambu. Model yang digunakan untuk koleksi ini adalah BGA-150KT-4B dan corak bunga pada muka jam tersebut diinspirasikan dari siri Quilt Hello Kitty yang pernah popular pada tahun 90-an.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Koleksi edisi khas ini berharga $150 (~RM609). Koleksi tersebut tersedia di pasaran pada 15 Mac ini di butik Sanrio dan boleh dibeli secara atas talian serta di butik Casio.

baby-g hello kitty 1