Sekiranya anda merupakan peminat Star Wars pastinya anda mengetahui betapa epik watak Darth Vader dalam francais ini. Memaparkan sisi antagonis dengan gaya yang cool berjaya membuatkan orang ramai berminat dengan watak ini.

Kini selepas 39 tahun tayangan pertama Star Wars: Empire Strikes Back, helmet Darth Vader yang dipakai dalam filem ini sedia untuk dibida. Penggunaan material seperti fiberglass yang dicat dengan warna hitam metalic beserta sejarah yang ada helmet ini membuatkan helmet ini mempunyai nilai yang tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https___hypebeast.com_image_2019_09_darth-vader-helmet-star-wars-the-empire-strikes-back-auction-03

https___hypebeast.com_image_2019_09_darth-vader-helmet-star-wars-the-empire-strikes-back-auction-05

Mengetahui jumlah peminat Star Wars yang ramai seluruh dunia, helmet ini bakal mula dibuka harga bidaan dengan harga yang tinggi.

Difahamkan helmet Darth Vader ini sedia dibida dengan harga sekitar 250,000 (RM1.05 juta) sehingga 450,000 (RM1.89 juta). Bidaan ini bakal dibuat di laman web iCollector pada 26 September ini. Sekiranya anda merupakan peminat Star Wars dan Darth Vader, mungkin helmet ini antara yang diinginkan.

Kami kongsikan kepada anda lebih banyak artikel mengenai anda yang meminati filem Star Wars. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Tonton Trailer Terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker

Poster Epik Star Wars: The Rise of Skywalker Membuatkan Para Peminat Berteka-Teki

Lihat Koleksi Perabot Kenneth Cobonpue Yang Diinspirasikan Daripada Filem Star Wars