Semua orang pernah tengok Iron Man dan semua orang tahu ila Tony Stark pakai suit dia akan bercakap dengan Jarvis melalui helmet. Realitinya, teknologi kini belum sampai ke tahap itu lagi tapi ciptaan helmet terbaru 360Fly x Bell Star ini boleh menjadi pemangkin kepada teknologi “wearable headgear”.

Helmet pintar yang merupakan projek kolaborasi antara dua jenama ini membolehkan si pemakai merekod video 360 darjah dalam resolusi Ultra HD. Bukan itu saja, ia juga dilengkapi dengan fungsi live streaming dengan penggunaan tambahan aksesori Micro-HDMI.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain fungsi kamera, Helmet pintar ini mempunyai ciri Autopilot motion tracking. Sekiranya anda pakai helmet ini anda boleh kesan orang dihadapan anda dan ia akan ikut pergerakan orang dihadapan anda. Selain itu ia juga mempunyai ciri keselamatan yang memberi amaran tentang perlanggaran yang boleh berlaku.

Walaupun harga helmet dan tarikh penjualannya belum dapat dipastikan lagi, anda boleh mendapatkan kemaskini terbaru melalui pengumuman di laman web 360Fly.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram