Supreme memang terkenal dengan pemilihan aksesori yang sangat random untuk dijual di kedai mereka. Kalau sebelum ini mereka jual batu bata, kali ini mereka jual helmet motosikal. Helmet jenama Simpson dengan branding Supreme di tepi helmet ini memang sungguh awesome!

Supreme memilih model ‘Bandit’ untuk kolaborasi ini dan ianya available untuk belian secara online. Tetapi disebabkan ianya Supreme, helmet ini sold out dalam sekelip mata. Option kedua adalah anda terpaksa membelinya di mana-mana cawangan Supreme dan helmet ini dijual pada harga USD448 (lebih kurang RM2000). Itu pun jika ianya masih ada dalam stok.

photo_2020-10-26_10-59-53
HYPE
Gara-Gara Video Nabila Huda Viral, Ayam Goreng McD Kembali Menjadi Hangat Di Pasaran
Baca lagi →

Processed with VSCO with c1 preset

Processed with VSCO with c1 preset

Helmet ini kini dijual kembali di eBay pada harga setinggi USD5,000 (lebih kurang RM22,500). Bertuah jika anda sempat membeli helmet ini. Boleh resell pada harga yang tinggi. Itulah hebatnya jenama Supreme ini. Tempek sahaja perkataan Supreme, pasti harganya menggila. Tetapi helmet ini memang cool dan selamat kerana ianya melepasi standard DOT dan Snell M2010 dan pastinya anda akan nampak bergaya bila memakai helmet ini.

Anda Mungkin Suka