Sebuah lagi hotel telah dibuka di kawasan Ginza, Tokyo pada minggu ini. Hadir dengan nama Henn na Hotel yang membawa maksud ‘hotel aneh’ di dalam Bahasa Jepun, hotel ini ternyata berjaya menawarkan pengalaman yang sangat berbeza buat para pengunjung.

Bilangan pekerja yang dipenuhi dengan robot berbanding manusia antara yang cuba ditawarkan melalui Henn na Hotel. Memasuki Henn na Hotel, keadaan hotel ini ternyata tidak jauh bezanya berbanding hotel-hotel yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

20180131_henna-hotel-MAIN-photo_article_main_image

Semuanya akan berubah sebaik sahaja anda bertemu robot pelayan pertama di hotel ini yang bertugas sebagai penyambut tetamu ‘wanita’. Menariknya, para pengunjung berpeluang untuk menjalankan proses check-in dengan berinteraksi bersama robot pelayan ini.

Bagi memudahkan pengguna, robot ini telah diprogram untuk bertutur dalam empat bahasa iaitu Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Korea.

Robot-robot yang bertugas di hotel ini juga ditugaskan dengan skop kerja yang berbeza dimana ada diantara bertugas sebagai tukang bersih dan yang paling cool sudah robot ‘dinosaur’ yang bertugas sebagai barista.

1077582_16111708180048794284

Bilik yang ditawarkan di Henn na Hotel

35569545970_29900052d3_b

Bagaimana agaknya dilayan oleh barista dengan ruap dinosaur

Untuk pengetahuan anda, Henn na Hotel yang baru sahaja dibuka di Ginza ini merupakan cawangan kelima mereka di Jepun dan syarikat ini berhasarat untuk membuka lebih 100 cawangan di negara ini.

Menyoal dari segi harga, pengalaman menginap di Henn na Hotel boleh ditempah dengan harga permulaan sekitar 7,000 yen (~RM247.170). Sememangnya harga yang berbaloi untuk sebuah pengalaman yang baru. Mungkin hotel ini boleh dimasukkan kedalam wishlist anda sekiranya berkunjung ke Ginza.

Sumber