Ianya berita yang sangat mengejutkan peminat superhero apabila secara tiba-tiba, pelakon Henry Cavill yang sudah sinonim dengan watak Superman meninggalkan DC Extended Universe (DCEU) dan membuatkan watak Superman untuk filem yang akan datang kosong.

Berita ini pastinya satu tamparan yang hebat kepada DCEU kerana mereka perlu mencari pengganti untuk Henry Cavill dan semestinya mengganggu perjalanan filem DCEU yang akan datang. Menurut pihak Warner Bros, tiada filem yang akan menampilkan Superman akan dihasilkan dalam masa terdekat untuk memberi ruang kepada filem terbaru yang sedang dalam perancangan, Supergirl.

Mereka menambah, ianya masa terbaik untuk reboot watak Superman dan mengejutkan, nama Michael B. Jordan dicanang untuk menggantikan Henry Cavill. Michael sebelum ini menempa nama sebagai Killmonger menerusi filem Black Panther dianggap pelakon yang paling sesuai oleh Warner Bros untuk menggantikan Henry Cavill.

Jika Michael terpilih, beliau akan menjadi Superman berkulit hitam pertama dalam siri franchise Superman. Dikhabarkan juga Ben Affleck turut mahu undur diri daripada memegang watak Batman.

null
Marvel Studios’ BLACK PANTHER..L to R: Erik Killmonger (Michael B. Jordan) and T’Challa/Black Panther (Chadwick Boseman)..Ph: Film Frame..©Marvel Studios 2018

Ada laporan menyatakan pemergian Henry ni adalah disebabkan kegagalan rundingan untuk watak cameo Superman dalam filem Shazam! Menurut agen kepada Henry, beliau ‘masih’ lagi Superman kerana rundingan masih lagi dijalankan. Henry juga tidak tidak mengesahkan apa-apa lagi tentang DCEU tetapi beliau baharu sahaja memuat naik video ini di laman rasmi Instagram miliknya.

Projek filem DC lain akan berjalan seperti biasa. antara filem yang akan menemui peminat kelak adalah Aquaman (Disember 2018) Wonder Woman 1984 on (Nov 2019), Shazam on (April 5 2019), Cyborg (2020), dan Green Lantern Corps (2020).

Persoalan yang bermain di minda semua peminat DCEU pastinya apa masa depan DCEU nanti? Apa akan terjadi kepada Justice League? Yang pasti, pemergian Ben dan Henry akan mencacatkan dunia DCEU. Semoga berjaya diucapkan kepada Warner Bros. untuk mencari pengganti yang terbaik untuk watak Batman dan Superman.

Sumber