Jika khabar angin ini menjadi realiti, nama Henry Golding pastinya akan menjadi sebutan sekali lagi selepas kemunculan beliau sebagai watak utama Crazy Rich Asian mendapat respon positif daripada peminat filem Hollywood.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nama Henry Golding mula disebut sebagai pengganti James Bond selepas Daniel Craig tidak dapat memberikan komitmen untuk terus memegang watak James Bond kerana terikat dengan jadual penggambaran filem yang lain. Bond 25 dijadualkan bakal tayang pada 8 April 2020 nanti di United Kingdom.

bond_25_large

Situasi ini menguatkan lagi desas-desus mengenai penglibatan Henry Golding dalam filem terbaharu tersebut di sosial media. Walau bagaimana pun, setakat ini Henry memilih untuk berdiam diri apabila ditanya oleh media tempatan dan laman TMZ baru-baru ini. Apa-apa pun, kita nantikan sahaja kemunculan Bond 25 nanti.

Sumber