Anda mungkin sudah terbiasa untuk membuat simbol peace ketika bergambar atau mungkin gambar anda akan menjadi lebih baik dengan gaya tersebut. Tetapi dengar nasihat kami, untuk keselamatan diri sila hentikan buat simbol tersebut.

Kenapa? Kami ada jawapannya.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Salah seorang Profesor di Institut Teknologi Informatik Nasional, Isao Echizen baru-baru ini memberi amaran kepada semua pengguna agar tidak menggayakan simbol peace tersebut yang mendedahkan corak jari anda.

Tujuannya adalah bagi menghalang para hacker agar tidak menggodam segala maklumat diri anda yang mampu untuk meletakkan anda di dalam risiko keselamatan diri.

c81a

SAYS

Bagi beliau, dengan arus pemodenan yang semakin hari semakin berkembang. Teknologi pula telah menghasilkan pelbagai produk kamera yang mampu untuk mengambil corak jari anda walaupun gambar itu diambil dari jarak tiga meter jauhnya.

Ini membolehkan ibu cari anda ditiru dan diciptakan semula bagi tujuan – mengakses maklumat sulit dan peribadi seseorang (seperti maklumat perbankan) melalui telefon pintar ataupun tablet dengan mudah dan dalam masa yang sama, anda mungkin akan terdedah kepada bahaya.

Echizen sebelum ini telah bekerjasama dengan beberapa penyelidik di NII dan menghasilkan cap jari baharu yang diambil daripada gambar-gambar yang ditangkap menggunakan kamera digital.

People-show-a-peace-sign

Luxheard

Hasil yang didapati mengejutkan apabila kebanyakkan cap jari yang dibuat semula sama dengan gambar yang mereka ambil.

Biarpun anda bukanlah seseorang yang penting seperti ahli politik atau artis. Tetapi perlu diingat bahawa setiap perkara yang kita lakukan sekarang melibatkan teknologi biometrics.

Ia digunakan secara meluas untuk tujuan keselamatan berbanding kata laluan yang biasa kita gunakan dahulu. Daripada penggunaan media sosial sehinggalah perbankan, semuanya telah mula menggunakan cap cari berbanding kata laluan.

Anda mesti banyak bergambar ketika mengembara dan semestinya mementing keselamatan diri juga. Berikut adalah artikel yang menceritkan keselamatan yang mungkin anda boleh ambil. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Anda Wanita Yang Bakal Travel Solo? Ini 19 Tip Keselamatan Untuk Rujukan

Diragut Ketika Travel Di Afghanistan, Ini Apa Anda Perlu Lakukan Untuk Keselamatan

17 Langkah Dan Persediaan Keselamatan Sebelum Anda Keluar Mengembara

Anda Mungkin Suka