Bersempena dengan pelancaran Apple Watch Series 4 dua bulan yang lalu, Apple turut mengumumkan kolaborasi bersama beberapa jenama lain seperti Nike dan Hermes.

Jenama Hermes ini dipilih bersesuaian dengan hasrat Apple untuk menawarkan smartwatch keluaran mereka kepada golongan elit dan mahukan kemewahan pada setiap barangan yang dipakai. Menariknya kolaborasi terbaru Apple dan Hermes pada kali ini menawarkan tali jam berunsur colorblock beserta tulisan jenama Hermes yang disertakan pada tali jam. Warna yang ditawarkan adalah merah, kuning dan pink.

Digi Cover
HYPE
Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak
Baca lagi →

Memandangkan tali jam ini dikeluarkan oleh pengeluar berjenama, harga ditawarkan juga sangat premium dimana tali jam Double Tour 40mm mula dijual pada harga $489 (RM2037.17) manakala singep wrap 44mm dijual pada harga $339 (RM1,412.27).

Untuk pengetahuan anda, tanda harga tali jam khas daripada Hermes ini lebih mahal daripada sebuah jam tangan Apple Watch Series 4 versi biasa.

https_hypebeast.comimage201811hermes-unveils-new-apple-watch-series-4-straps-002

https_hypebeast.comimage201811hermes-unveils-new-apple-watch-series-4-straps-006

https_hypebeast.comimage201811hermes-unveils-new-apple-watch-series-4-straps-003

https_hypebeast.comimage201811hermes-unveils-new-apple-watch-series-4-straps-004

Anda Mungkin Suka